Isnin, 23 Mac 2015

KERJA KUMPULAN (i-Think)



BAB 2: GURU DAN PERUNDANGAN
(DG. ROHAIDAH HJ AG DAMIT)






BAB 3: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID
(NURIAM BINTI SIALAN)
 




BAB 5: INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
 (NORMINAH BINTI NAPSIN)





Jumaat, 27 Februari 2015

GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093

BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID


1.0 GANGGUAN EMOSI

     Manusia adalah golongan benda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah hidup manusia. Gangguan emosi akan berlaku apabila kestabilan emosi tidak dicapai. Jika kestabilan emosi membawa maksud ketenangan maka emosi yang tidak stabil adalah perasaan yang tidak tenteram, tidak aman atau lebih tepat lagi perasaan yang gelisah.
     Dalam pengertian yang umum, kegelisahan merujuk kepada reaksi emosi yang lazimnya dialami oleh seseorang individu yang merasakan keadaan dirinya terancam. Sebagai contoh, seorang pelajar berasa gelisah apabila menjelang peperiksaan.




2.0 JENIS-JENIS GANGGUAN EMOSI




  • Gangguan Emosi Ringan
    • Kebiasaannya gangguan seperti ini tidak terlalu kelihatan ciri-cirinya dari luar. Gangguan emosi yang ringan selalunya boleh diatasi sendiri oleh murid tersebut. 
    • Sebagai contoh, naluri seorang kanak-kanak untuk berkawan dan bermain bersama adalah tinggi, tetapi kadang kala apabila tercetusnya konflik di mana mereka perlu berkongsi alat permainan atau perkakasan belajar, emosi mereka serba sedikit terganggu dan mereka mampu mengatasinya dengan baik.
  • Gangguan Emosi Sederhana
    • Gangguan emosi jenis ini jika diamati, lebih jelas kelihatan berbanding dengan gangguan emosi ringan. 
    • Gangguan ini dapat dilihat dari segi fizikal seperti gerak badan, mimik muka dan perlakuan murid-murid tersebut seperti marah, takut, sedih dan sebagainya yang berada pada tahap biasa sahaja dan merupakan sesuatu yang normal bagi kanak-kanak lain.
    • Penentangan yang ditunjukkan pada kali ini dalah lebih kuat berbanding dengan gangguan emosi jenis ringan sehingga menyebabkan mereka melahirkannya dengan menggunakan pelbagai cara seperti menangis. 
    • Sebagai contoh, guru mengarahkan murid untuk menyertai kumpulan yang telah ditetapkan, tetapi murid tersebut enggan menyertai kumpulan tersebut lalu menangis bagi menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan yang dilakukan oleh gurunya.
  • Gangguan Emosi Berat
    • Bagi gangguan emosi jenis berat pula, dari segi fizikalnya, memang dapat dilihat dengan begitu jelas sekali bahawa murid tersebut sedang mengalami gangguan emosi kerana tingkah laku murid kelihatan agak pelik berbanding tingkah laku sehariannya. 
    • Gangguan emosi jenis ini agak bahaya kerana mampu mengundang bahaya apabila murid tersebut akan melakukan percubaan untuk mencederakan rakan-rakannya atau dirinya sendiri. Apabila murid tersebut tidak dapat mengawal emosinya, kadang-kala tindakannya akan berlebih-lebihan seperti menjerit-jerit dan menghentak-hentakkan kaki atau anggota bandannya sehingga mendatangkan kecederaan. 
    • Sebagai contoh, apabila murid tersebut terlalu marah kepada rakannya, mereka akan cenderung untuk bergaduh dan mencederakan satu sama lain bagi memuaskan hati mereka. Jika perlakuaan seperti ini tidak dibendung dari awal, murid tersebut tidak akan mampu untuk mengawal emosinya apabila dewasa kelak seterusnya mengganggu proses pembelajarannya.


3.0 PUNCA-PUNCA GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID



4.0 TANDA-TANDA DAN KESAN GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID


5.0 LANGKAH-LANGKAH YANG MAMPU MENGURANG ATAU MENANGANI MASALAH GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Murid-murid merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Mereka merupakan golongan yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Oleh yang demikian, sebagai guru adalah menjadi kewajipan kita membesarkan murid-murid dengan kasih sayang, mendidiknya untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi, beradab dan berilmu. Oleh yang demikian, masyarakat khususnya guru seharusnya menjadi lebih peka pada peranan dan persepsi individu terhadap setiap kes yang berlaku terhadap murid agar masalah gangguan emosi dapat dibendung dari peringkat awal.
Pengurusan stress yang berkesan adalah melibatkan beberapa cara seperti berikut:


  • Mengetahui Diri Sendiri
    • Individu seharusnya belajar menerima kelemahan atau kekurangan diri sendiri. Individu juga harus tahu kebolehan diri sendiri dengan pandai memilih bidang yang sesuai dengan bakat dan minat. Oleh yang demikian guru perlu meletakkan matlamat yang mahu dicapai serta membuat pilihan sesuai dengan keupayaan diri murid dalam sesi pembelajaran di sekolah
  • Mengambil Sarapan
    • Tekanan merangkumi kegelisahan, kepenatan, kemuraman dan kepenatan. Bersarapan dengan mengambil karbohidrat, protin dan makanan berserat adalah penting untuk meransang sistem saraf. Tanpa sarapan pagi dan makan tengahari, seseorang akan mengalami kesulitan dalam melaksanakan tugasan harian dan ini akan menambahkan lagi ketegangan yang sedia ada. Ibu bapa dan guru perlu memastikan murid-murid sentiasa mengambil sarapan.
  • Penumpuan Terhadap Nutrien
    • Apabila individu berada pada tahap biasa dan jauh daripada stress, individu tersebut perlu mengambil lebih nutrien terutamanya air. Dalam kes demam yang serius sehingga menghilangkan selera makan, tambahkan pengambilan vitamin B, C dan E. sekiranya sakit tersebut melarat, dapatkan nasihat pakar. Oleh yang demikian, guru perlulah memastikan murid-murid mendapat bekalan air bersih yang mencukupi dan memastikan makanan yang disediakan di kantin sekolah bersih dan berkhasiat. Selain itu, guru juga perlu memotivasikan dan memberi penekanan dalam kepentingan meminum air yang banyak dan pengambilan makanan yang seimbang.
  • Merancang Tugasan Secara Sistematik
    • Tentukan keutamaan dan masa kerja. Klasifikasikan semua kerja samada memerlukan tindakan segera, penting dan tidak berapa penting. Membuat kerja di saat akhir tanpa perancangan yang sistematik akan mengundang stress. Beri masa kepada diri sendiri untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu perubahan. Ini kerana perubahan yang terlalu kerap juga akan mengundang stress. Oleh itu guru haruslah membimbing murid dalam menentukan keutamaan sesuatu tugasan.
  • Membuat Keputusan Dengan Bijak
    • Setiap individu seharusnya membuat keputusan dengan mengkaji terlebih dahulu kebaikkan atau kelemahan. Jangan terlalu ghairan uttuk membuat keputusan sehingga mengabaikan pelbagai keperluan diri dan aspek kesihatan. Guru memainkan peranan yang penting dalam membantu dan membimbing murid membuat keputusan dengan bijak dalam menyelesaikan sesuatu tugasan mahupun masalah peribadi murid.
  • Berkongsi Masalah
    • Jangan menyimpan masalah dan merasa runsing dengannnya. Berbincanglah dengan orang yang anda percayai seperti guru, kaunselor, rakan baik, ataupun ahli keluarga yang boleh dipercayai. Minta pandangan mereka dan buatlah kesimpulan terbaik berdasarkan saranan yang dikemukakan.
  • Memahami Masalah Keluarga
    • Setiap keluarga terutamanya yang mempunyai bilangan isi rumah yang ramai tidak akan terlepas daripada diselubungi masalah. Guru haruslah berusaha membantu murid memahami masalah keluarga dan berbincang di samping mencari jalan meringankan beban keluarga. Jangan menuntut sesuatu di luar kemampuan mereka. Guru juga perlu menekankan agar murid memperuntukkan sedikit masa untuk bermesra, bermain dan beristirehat dengan ahli keluarga.
  • Perhubungan Dengan Rakan
    • Rakan-rakan yang boleh mengalihkan tumpuan fikiran murid daripada memikirkan sebarang kerumitan dalam tugasan seharian atau sebarang masalah yang mereka sedang hadapi. Bercakaplah dengan mesra dan menganggap mereka seperti ahli keluarga anda sendiri. Biasakan diri anda menerima pendapat dan kelemahan mereka. Bekerjasama dengan rakan sebagaimana anda mahu mereka berbuat demikian terhadap anda.
    • Sentiasa bergaul dengan rakan yang berperwatakan ceria. Di dalam pergaulan hidup sehari-hari kita akan merasa lebih gembira apabila kita berhadapan dengan orang-orang yang mudah senyum dan ketawa. Mereka selalunya dapat memberikan impresi yang optimis atau menimbulkan harapan yang cerah serta mencetuskan suasana yang lapang, lega dan seronok kepada orang yang berada disekeliling mereka.






Jumaat, 10 Ogos 2012

Ahad, 29 Julai 2012

SENARAI ENJIN CARIAN (SEARCH ENJIN)

 Berikut merupakan salah satu tugasan yang perlu disiapkan..

BIL
ENJIN CARIAN
LOGO
URL
1
Google

http://www.google.com.my/
2
Yahoo

http://www.yahoo.com/
3
AltaVista

http://www.altavista.com/
4
Bing

http://www.bing.com/
5
MSN

http://malaysia.msn.com/
6
Ask

http://ask.com/
7
Aol

http://search.aol.com/aol/webhome
8
MyWebSearch

http://home.mywebsearch.com/
9
Lycos

http://www.lycos.com/
10
WebCrawler

http://www.webcrawler.com/
11
Info.com

http://www.info.com/
12
Wikipedia

http://www.wikipedia.org/
13
InfoSpace

http://www.infospace.com/
14
Search.com

http://www.search.com/
15
MyExcite

http://www.excite.com/
16
GoodSearch

http://www.goodsearch.com/
17
Dogpile

http://www.dogpile.com/
18
MetaCrawler
http://www.metacrawler.com/
19